SYARAT KEMASUKAN SEKOLAH KAWALAN
1.MAAHAD MUHAMMADI (LELAKI)
2.MAAHAD MUHAMMADI (PEREMPUAN)
3.MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT
4.KOLEJ TAHFIZ SAINS NURUL AMAN KOK LANAS (L)
5.MAAHAD TAHFIZ SAINS TANAH MERAH (P)
6.MAAHAD SAINS TOK GURU, PENGKALAN CHEPA
7.MAAHAD TAHFIZ AL QURAN DARUL SAADAH (P) BETA HULU
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN 1.1 Murid-murid tahun 6 SK/SRK/SRJK/ SRI atau setaraf dengannya yang lahir pada tahun 2008 adalah layak memohon masuk Sekolah Kawalan Yayasan Islam Kelantan. 1.2 Keputusan UPSR 2019 mendapat paling minima 2A tanpa E. 1.3 Permohonan boleh dibuat di Maahad kawalan berkenaan. 1.4 Borang permohonan boleh didapati di Yayasan Islam Kelantan / Maahad Kawalan / dimuat turun dari laman web YIK www.yik.edu.my. 1.5 Permohonan dibuka mulai 01 November 2019 (Isnin) sehingga Dua Minggu selepas keputusan UPSR diumumkan 1.6 Borang permohonan hendaklah dihantar bersama dengan salinan Keputusan UPSR , Surat Beranak, Sijil-sijil Akademik Dan Sijil Khatam Al-Quran (jika ada) yang telah disahkan. UJIAN KEMASUKAN 2.1 Semua pemohon wajib menduduki Ujian Kemasukan 2.2 Tarikh Ujian Lisan akan ditetapkan oleh pihak sekolah 2.2 Ujian bertulis akan diadakan pada Tarikh : 07.12.2019 (Hari Sabtu) Masa : 10.00 pagi 2.3 Perkara yang diuji :
2.3.1 Ujian membaca : Al - Quran - 60 markah Jawi - 40 markah 2.3.2 Ujian bertulis: Jawi dan Asas Pengetahuan Agama Islam - 100 markah
2.3.3 Ujian hafazan: Hafazan Al - Quran - 100 markah (MTS & MTAQ sahaja) KEPUTUSAN
3.1 Keputusan ujian dijangka akan diumumkan pada 20 Disember 2018 (Khamis) PENGESAHAN
Pemohon yang berjaya dikehendaki mengesahkan penerimaan belajar di Maahad berkenaan dalam masa (7) Tujuh Hari selepas keputusan ujian diumumkan. LAPOR DIRI
5.1 Pemohon yang berjaya dikehendaki melapor diri di Maahad berkenaan sehari sebelum sesi persekolahan bermula. 5.2 Pemohon yang tidak melaporkan diri pada tarikh yang ditetapkan dianggap telah menolak tawaran belajar.
|