Kata-Kata Aluan Tuan Pengetua
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين،
أما بعد
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala atas taufik dan hidayahNya kerana memberikan peluang untuk saya menyampaikan kata-kata aluan.
Kewujudan budaya kerja yang bersifat “Amanah, Cekap dan Konsisten” akan menjadi teras utama untuk membina kecemerlangan MML sepanjang masa. Penghasilan ‘Gerak Kerja Sepakat’ merupakan elemen yang sangat mustahak untuk mencapai kecemerlangan secara berterusan dalam sistem pendidikan. Pihak pentadbir telah menggariskan beberapa elemen yang perlu diambil kira oleh semua warga kerja MML terutama dalam senarai tugas dan peraturan yang telah ditetapkan. Saya percaya panduan tugas ini akan dapat melahirkan pasukan kerja yang kuat dan mantap untuk melonjakkan kecemerlangan dalam bidang pembangunan fizikal sekolah, pengurusan organisasi, pelajaran, kokurikulum, dan sahsiah pelajar. Walaupun Pihak Pengurusan Sekolah sentiasa merancang agar seluruh warga kerja MML melaksanakan tugas dengan cemerlang, namun kadang-kadang perancangan itu tidak dapat dilaksanakan secara holistik kerana mempunyai kekangan yang tidak dapat dielakkan.
Sehubungan itu, Perancangan Pengurusan Sekolah telah berjaya membawa pelan tersusun yang membawa seluruh warga kerja ke arah “Cakna Kerja” yang cekap dan sistematik. Kewujudan budaya kerja yang bersifat “Amanah, Cekap dan Konsisten” akan menjadi teras utama untuk membina kecemerlangan MML sepanjang masa. Penghasilan ‘Gerak Kerja Sepakat’ merupakan elemen yang sangat mustahak untuk mencapai kecemerlangan secara berterusan dalam sistem pendidikan.
Akhir kata, saya mengharapkan semoga dengan kewujudan laman sesawang rasmi Maahad Muhammadi Lelaki ini semua warga MML dapat mengambil manfaat dan info berkaitan sekolah demi mengembalikan kejayaan dan kegemilangan sekolah selaras dengan moto “Maahad Muhammadi Lelaki Gemilang”.
Sekian, terima kasih.
“RAJA BERDAULAT, RAKYAT MUAFAKAT, NEGERI BERKAT”
“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”
“MAAHAD MUHAMMADI LELAKI GEMILANG”
HAJI KAMARJAN BIN HAJI ABDUL RAHMAN
Pengetua
Maahad Muhammadi Lelaki,
Kota Bharu.