Tarikh : Masa :

Editor's Choice

   VISI DAN MISI MML   


   VISI MML   



' Merealisasikan Falsafah & Matlamat Pendidikan YIK '

 


   MISI MML   



' Maahad Muhammadi Lelaki beriltizam untuk menjadi sebuah model institusi ilmu (mithali) terulung yang membangunkan sektor pendidikan sepadu dan menawarkannya untuk menggerak seluruh potensi pelajarnya bagi melahirkan generasi rabbani melalui program pendidikan terancang berteraskan Islam dan tradisi ilmunya '

Editor's Choice

   INTERPRETASI BENDERA MAAHAD MUHAMMADI LELAKI   


 

Editor's Choice

    SEJARAH PENUBUHAN MAAHAD MUHAMMADI LELAKI SEJAK 1937 - KINI     


Mengikut sejarah, pendidikan agama Islam di negeri Kelantan dikesan bermula pada akhir abad ke sembilan belas lagi di mana beberapa golongan ulama berperanan menyebar ilmu agama secara pondok di seluruh negeri Kelantan. Pendidikan agama secara formal bermula apabila Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menubuhkan sebuah Sekolah Agama/Arab pertama pada 1 April 1937 dikenali sebagai Al-Madrasah Al-Muhammadiah Al-Arabiah.

Bermula dari sini pendidikan agama telah berkembang dengan pesatnya di mana beberapa buah lagi sekolah agama seumpama itu ditubuhkan. Sambutan yang amat menggalakkan ini bukan sahaja dari anak-anak tempatan malah terdapat ramai para pelajar dari negeri-negeri di semenanjung telah datang untuk belajar di sini. Sambutan seumpama ini juga telah juga mendorong individu tempatan membina sekolah agama rakyat.

Selaras dengan perkembangan pesat sekolah ini khususnya selepas merdeka, Pihak MAIK telah menyerahkan pengurusan dan pengelolaan sekolah-sekolah ini kepada Kerajaan Negeri yang berjumlah  6  buah kesemuanya. Sekolah-sekolah tersebut ialah Maahad Muhammadi, Maahad Yaakubiah Nipah, Maahad Amir Indera Petra, Maahad Muhammadi Pasir Mas, Maahad Muhammadi Pasir Pekan dan Maahad Syamsul Maarif, Pulai Chondong.

 Dengan penyerahan sekolah ini, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jabatan Sekolah-Sekolah Agama (JASA) pada 1 Julai 1974. Di samping itu pihak Kerajaan Negeri juga mengambil alih sekolah-sekolah agama bantuan (rakyat) yang berjumlah 100 buah waktu itu, bagi menjamin sistem pendidikan dan pengurusan sekolah-sekolah tersebut berjalan dengan baik dan sempurna. Pada 1 Jun 1979, JASA diubah   menjadi Yayasan Pelajaran Islam Negeri Kelantan (YPINK) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK)  pada 1 Mac 1983.


Bangunan lama Maahad Muhammadi Pasir Mas yang didirikan semasa Perang Dunia Kedua,

Bangunan ini digunakan hingga 6 Ogos 1969 dan berpindah ke bangunan baru dua tingkat di belakang Masjid Bandar Pasir Mas.


Maahad Muhammadi (Bangunan MAIK), 1937


SELAYANG PANDANG SEJARAH MAAHAD MUHAMMADI 1937-2020     

 

Bangunan Maahad Muhammadi Lelaki di Jalan Tok Guru (Pandangan hadapan)