Image
Image
Image

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu pelajar secara menyeluruh untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kemakmuran, keharmonian dan kesemakmuran masyarakat dan negara

FALSAFAH PENDIDIKAN YIK

Pendidikan Islam sebagaimana yang diterangkan dalam istilah-istila tarbiah iaitu tahlil, ta’dib, irsyad dan tadris adalah suatu usaha berterusan kearah mengembangkan potensi individu muslim sebagai hamba Allah dan khalifahNya di bumi secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, aqliah, emosi, aqidah dan jasmani berdasarkan ajaran Islam.

 

FALSAFAH PENDIDIKAN MML

Maahad Muhammadi Lelaki merupakan sebuah sekolah agama (arab) Kerajaan Negeri Kelantan yang terbesar. Kerajaan Negeri meletakkan harapan yang tinggi terhadap pencapaian dan kualiti pelajar dalam menyediakan pelapis kepimpinan negara hari ini. Berbagai usaha telah dilakukan bagi mempertingkatkan kualiti Maahad Muhammadi Lelaki, antaranya menjadikan Maahad Muhammadi Lelaki sebagai sebuah sekolah An-Namuzaji. Berdasarkan pencapaian dan kebolehan pelajar-pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum, memang wajar Maahad Muhammadi Lelaki diletakkan sebagai sekolah An-Namuzaji. Oleh itu, bagi meralisasikan harapan ini kerjasama dari semua pihak adalah perlu termasuk pelajar, guru, ibu bapa dan pihak kerajaan sendiri harus memberikan perhatian dan sokongan yang padu kepada Maahad Muhammadi Lelaki.

 

VISI YAYASAN ISLAM KELANTAN

Meneraju kecemerlangan pendidikan islam dan bahasa arab

MISI YAYASAN ISLAM KELANTAN

Melahirkan muslim yang beriman, berakhlak mulia, berilmu pengetahuan, beramal soleh dan layak berkhidmat untuk membangun keluarga, masyarakat, negara dan ummah.

VISI MAAHAD
MUHAMMADI
LELAKI

 Merealisasikan falsafah dan matlamat pendidikan Yayasan Islam Kelantan

MISI MAAHAD MUHAMMADI LELAKI 

Maahad Muhammadi Lelaki beriltizam untuk menjadi model sebuah institusi ilmu (mithali) terulung yang membangunkan sektor pendidikan sepadu dan menawarkannya untuk menggerak seluruh potensi pelajarnya bagi melahirkan generasi rabbani melalui program pendidikan terancang berteraskan Islam dan tradisi ilmunya