KATA ALU-ALUAN MUDIR

Image

 الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين،

أما بعد

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat saya sampaikan sepatah dua kata dalam laman web sekolah ini.Kejayaan membina laman web ini adalah melalui gandingan kemahiran guru dan murid.Saya ucapkan terima kasih dan syabas kepada Unit IT sekolah, guru penasihat dan semua pihak yang terlibat kerana telah berjaya membina laman web rasmi ini.

Dengan adanya laman web ini diharapkan segala berita,maklumat,pencapaian yang telah dicapai oleh warga Maahad Muhammadi Lelaki dan peristiwa persekolahan sepanjang tahun dapat dikongsi bersama. Segala kejayaan yang telah dicapai dapat dijadikan dorongan bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam bidang akademik,sahsiah,rohaniah dan kokurikulum.

Akhir kata, saya berharap agar laman web ini terus berkembang dari semasa ke semasa.Tahniah dan syabas sekali lagi kepada Unit IT sekolah dan guru penasihat.

Sekian,Terima Kasih.

“Membangun bersama Islam”

HAJI KAMARJAN BIN HAJI ABDUL RAHMAN

Mudir,

Maahad Muhammadi Lelaki